Skim Pinjaman Buku Teks |
Pengenalan
Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT 1.
Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan diagihkan kepada semua murid di SK (1) Petaling Jaya.
Objektif
- Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.
- Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.
- Murid - murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.
Visi
Menjadikan pengurusan SPBT bersistematik, bermanfaat dan terkini.
Misi
Mewujudkan Sistem Pengurusan SPBT yang sistematik dan melahirkan murid yang jujur, bertanggungjawab dan cintakan ilmu pengetahuan
Piagam Pelanggan
Bahawasanya kami, Jawatankuasa SPBT Sekolah Kebangsaan (1) Petaling Jaya akan menjalankan amanah dengan baik dalam
- Pemberian buku teks yang adil dan lengkap kepada semua murid.
- Menguruskan proses pengagihan dan pemulangan buku teks dengan cekap.
- Memastikan buku teks yang diterima murid berada dalam keadaan yang baik.
- Menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan buku teks dengan segera.
Motto SPBT SK (1) Petaling Jaya
Cintakan Buku, Hidup Berilmu
Bahawasanya kami, Jawatankuasa SPBT Sekolah Kebangsaan (1) Petaling Jaya akan menjalankan amanah dengan baik dalam:
- Pemberian buku teks yang adil dan lengkap kepada semua murid.
- Menguruskan proses pengagihan dan pemulangan buku teks dengan cekap.
- Memastikan buku teks yang diterima murid berada dalam keadaan yang baik.
- Menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan buku teks dengan segera
Organisasi Jawatankuasa SPBT Tahun 2013
PENGERUSI : PN ROSLINA BINTI MAHARI (GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI : PN LEE SUET LENG
SETIAUSAHA : CIK MASNAH JANANG
NAIB SETIAUSAHA :PN SITI ZUBAIDAH BT. MUSTAPHA
AJK : SEMUA GURU PENYELARAS KELAS
No comments:
Post a Comment