Logo SK1PJ

Logo SK1PJ

Monday, September 30, 2013

Peminjaman dan Penjagaan Buku Teks


Tatacara Meminjam / Menjaga Buku Teks SPBT

1.        Wajib mengisi borang pinjaman buku teks sebagai bukti kelayakan dan direkod untuk pengiraan stok.

2.        Wajib membalut buku teks SPBT.
3.   Wajib membawa buku teks SPBT mengikut jadual.
4.   Tidak dibenarkan sama sekali merosakkan, menconteng atau menghilangkan buku teks.
5. Wajib membawa balik buku teks SPBT setiap hari dan tidak meninggalkan buku teks SPBT di dalam kelas
6.   Tidak dibenarkan berada di BOSS tanpa kebenaran guru.
7.  Buku yang hendak dipulangkan mestilah dalam kondisi yang baik dan berikat.
8. Gantian buku hilang / rosak hendaklah dibuat segera sebelum tibanya hari pemulangan buku teks.

Peraturan BOSS


PERATURAN BOSS
Dilarang membawa masuk beg, fail, buku, dan makanan termasuk Buku SPBT kepunyaan sendiri.

Semasa berada di BOSS, murid dilarang membuat bising, makan, minum atau berkelakuan tidak sopan.

Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah atau kokurikulum ketika berada di BOSS.

Murid DILARANG masuk ke BOSS tanpa kebenaran guru SPBT.

Buku-buku SPBT dari rak terbuka, tidak boleh dibawa keluar dari BOSS.
Selepas menggunakan BOSS, sila pastikan tiada sampah ditinggalkan, meja dan kerusi disusun rapi dan matikan suis lampu dan kipas.

Murid/AJK SPBT yang tidak mematuhi peraturan BOSS boleh dikenakan tindakan.
 

PENGGUNAAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH
Bilik Operasi SPBT Sekolah akan dibuka sepanjang waktu persekolahan untuk semua murid, guru serta staf SK Jerantut Jaya.

Rekodkan penggunaan bilik di dalam buku log yang telah disediakan.

Guru SPBT perlu ada bersama sekiranya murid ingin menggunakan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) bagi tujuan P & P atau carian maklumat

Terima kasih di atas kerjasama semua.

PINDAAN SYARAT KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
"Kerajaan Malaysia telah bersetuju melalui Rang Undang-undang Perbekalan (2008) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, supaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperluaskan kepada SEMUA MURID WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di SEMUA SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT, berkuatkuasa mulai 1 JANUARI 2008"

~Petikan dari Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2007


Kelab SPBT. Join Us!!!


Pengenalan

Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.

Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
 


Objektif 

Objektif Kelab SPBT adalah :
1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh.
2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid.
3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT.
4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab- kelab lain di sekolah.
5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.


Keahlian

Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.
 


Aktiviti

Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah.
  • ·       Ceramah penjagaan buku teks
  • ·       Pertandingan melukis kulit buku teks
  • ·       Pertandingan melukis poster
  • ·       Melukis mural
  •   Kuiz

BOSS? Siapa BOSS?


BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)

Pengenalan

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :
  • ·       Rak buku
  • ·       Meja dan kerusi
  • ·       Kipas
  • ·       Alat Pemadam Api
  • ·       Kawalan haiwan/serangga perosak
  • ·       Kabinet/almari fail
  • ·       Papan kenyataan
  • ·       Kaunter
  • ·       Peti Kecemasan

Apa itu Buku Teks?


BUKU TEKS
PENGENALAN

Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.




Beberapa pengertian tentang buku teks:

UNESCO
A textbook is a book which an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil-book-teacher situation.

Cambridge International Dictionary of English
A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject.

Altbach (1987)
Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries.

Gopinathan (1983)
Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas dalam bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bahan bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa ini.

Dent (1955)
Buku teks ialah alat perniagaan yang penting dan sukar diganti dengan alat lain.