PERATURAN BOSS
Dilarang membawa masuk beg, fail,
buku, dan makanan termasuk Buku SPBT kepunyaan sendiri.
Semasa berada di BOSS, murid dilarang membuat bising, makan, minum atau
berkelakuan tidak sopan.
Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah atau kokurikulum ketika berada di
BOSS.
Murid DILARANG masuk ke BOSS tanpa kebenaran guru SPBT.
Buku-buku SPBT dari rak terbuka, tidak boleh dibawa keluar dari BOSS.
Selepas menggunakan BOSS, sila pastikan tiada sampah ditinggalkan, meja dan
kerusi disusun rapi dan matikan suis lampu dan kipas.
Murid/AJK SPBT yang tidak mematuhi peraturan BOSS boleh dikenakan tindakan.
PENGGUNAAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH
Bilik Operasi SPBT Sekolah akan
dibuka sepanjang waktu persekolahan untuk semua murid, guru serta staf SK
Jerantut Jaya.
Rekodkan penggunaan bilik di dalam buku log yang telah disediakan.
Guru SPBT perlu ada bersama sekiranya murid ingin menggunakan Bilik Operasi
SPBT Sekolah (BOSS) bagi tujuan P & P atau carian maklumat
Terima kasih di atas kerjasama semua.
PINDAAN SYARAT KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
(SPBT)
"Kerajaan Malaysia telah bersetuju melalui
Rang Undang-undang Perbekalan (2008) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat
pada 7 September 2007, supaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperluaskan
kepada SEMUA MURID WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira pendapatan isi rumah dan
bilangan anak yang layak di SEMUA SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT, berkuatkuasa mulai 1 JANUARI 2008"
~Petikan dari Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 11/2007